BLOG TMK SK TANJONG BELANJA

Tuesday, 28 October 2014

Bit & Byte (Bahagian 1)


Sama ada sedar atau tidak , kita biasanya akan terjumpa dengan perkataan bit & byte apabila menggunakan komputer dalam urusan sehari-hari. Sebagai contoh size file MP3 & video,  size hard disk & pendrive, speed modem streamyx & Celcom broadband (sekadar beberapa contoh) semuanya berkaitan dengan bit dan byte. Walaupun biasa , kebanyakan daripada kita mungkin kurang memahami istilah sebenar bit & byte dan kepentingan mengetahui istilah tersebut. Dalam artikal bahagian 1 ini, fokus akan diberikan kepada perbezaan antara bit & byte dan penggunaanya dalam kerja harian .  Apa itu Bit ? BIT adalah nombor perduaan(Base 2 System)  yang terdiri daripada nombor 0 dan 1.Bit biasanya di tulis dengan huruf kecil iaitu “b”. Kalau nak cerita pasal BIT nie memang panjang cerita. Cukuplah setakat kita tahu basic yang kat atas tu jer. 
Mu tahu dok ?Asal usul perkataan bit?BIT berasal daripada perkataan “Binary digIT


Apa itu Byte ?
Byte adalah gabungan 8 unit bagi BIT. Sebagai contoh , 00000000 adalah bersamaan dengan 1 byte. Gabungan 8 unit nombor 0 atau 1 atau kedua-dua nombor tersebut akan membentuk 1 byte. Byte biasanya di tulis dengan huruf besar iaitu “B Contoh yang mudah adalah seperti di bawah : 1 = 1 bit10 = 2 bit101 = 3 bit1100 = 4 bit11111 = 5 bit100011 = 6 bit1111000 = 7 bit10101010 = 8 bit = 1 byte    
Mu tahu dok ?Asal usul perkataan BYTE ? Love bite ? Bai' bithaman ajil?  No no no..tu topik lain....Dalam bidang komputer ejaannya adalah “BYTE” dan bukannya “BITE” atau “BAI”... Dalam WikiPedia , asal perkataan byte didefinasikan seperti di bawah : “The term byte stems from bite, as in the smallest amount of data a computer could bite at once.”


Apakah yang akan terjadi bila ada banyak bit & byte?
 Apabila terdapat banyak “bit & byte” , prefix akan digunakan. Dalam bahasa melayu , “prefix” adalah awalan atau imbuhan. Dalam alam komputer , prefix untuk bytes di pecahkan seperti di bawah :   

NamaBitByteSize
Kilo (K)1 Kb1 KB1024  (210 )
Mega (M)1 Mb1 MB1,048,576  (220 )
Giga (G)1 Gb1 GB1,073,741,824  (230 )
Tera (T)1 Tb1 TB1,099,511,627,776  (240 )
Peta (P)1 Pb1 PB1,125,899,906,842,624  (250 )
Exa (E)1 Eb1 EB1,152,921,504,606,846,976  (260 )
Zetta (Z)1 Zb1 ZB1,180,591,620,717,411,303,424  (270 )
Yotta (Y)1 Yb1 YB1,208,925,819,614,629,174,706,176  (280 )

Dalam jadual di atas, nilai Kilo adalah paling kecil dan Yotta adalah yang terbesar. 

Kita guna ker bit & byte nie time guna komputer ? 
BIT biasanya digunakan untuk menerangkan kelajuan penghantaran data. Unit yang biasa digunakan ialah Kbps, Mbps, Gbps dan lain-lain. Sebagai contoh kelajuan “Network Card” pada komputer kita biasanya menunjukkan kelajuan 100Mbps atau 1Gbps . 
Anda boleh cuba sendiri dengan melihat pada “Local Area Connection Status” dalam Sistem Operasi Windows. Capture screen di bawah menunjukkan kelajuan maksimum penghantaran data untuk komputer tersebut adalah 100 Mega bit per second (100Mbps) atau 1,000,000 bit dalam masa sesaat. Prefix yang digunakan ialah MEGA(1 Mega bit(Mb) = 1000000 bit).





Byte pula biasanya digunakan untuk menerangkan “data storage”. Sebagai contoh , file video & mp3, office document dan lain-lain, unit yang biasa digunakan adalah MegaByte (MB). Capture Screen di bawah menunjukkan file MP3 bersize 28.3 MB atau 28.3 Mega Byte. Prefix untuk file MP3 ini juga menggunakan unit MEGA(1 Mega Byte(MB) = 1000000 Byte = 8000000 bit).                



Dalam kerja seharian menggunakan komputer, memang kita tidak akan lari daripada menggunakan bit & byte ini. Walaupun proses itu berlaku secara “back end” tetapi sekurang-kurangnya pemahaman secara basic perlu ada pada setiap pengguna komputer.

0 comments:

PRAY FOR MH370

SAVE PALESTINE

SAVE SYRIA

  © Blogger templates The Transformers by Blog Tips And Trick 2009